Contoh Soalan Karangan Naratif

Tulis tentang satu peristiwa yang membuat kamu sedar akan pentingnya menuruti nasihat ibu bapa. 

* * *

Tulis sebuah cerita tentang satu kejadian yang telah membuat kamu hilang kepercayaan terhadap seseorang yang amat awak hormati.

* * *

Tulis sebuah karangan yang menggunakan permulaan berikut:

          Aku terdiam. Sudah lama aku menantikan saat seperti ini. Aku tidak percaya bahawa orang yang selama ini ditunggu-tunggunya kini berada di depan aku sekarang. 

* * *
Tulis sebuah karangan yang menggunakan permulaan berikut:

          Sudah dua bulan Zaki terlantar di katil hospital. Dia melihat kakinya yang dibalut itu dengan linangan air mata. Dia menyesal di atas apa yang telah berlaku. Kira-kira dua bulan lepas… 

* * *
Tulis sebuah karangan yang menggunakan permulaan berikut:

          Aku berlari keluar dari kelasku dengan pantas ke arah bilik guru. Sebagai ketua kelas, aku bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan setiap orang rakan sekelasku. Aku mesti mendapatkan bantuan segera. Aku...