Contoh Jawapan
Daripada: edri_raihan@qoomail.com
Kepada: amira_afandi@qoomail.com
Subjek: Hobi Baharu
Amira
Saya
khabar baik di sini. Awak pula apa khabar? Saya harap awak dan keluarga sihat
selalu. Saya minta maaf kerana sibuk dengan kegiatan sekolah sehingga tidak
sempat mengirim e-mel kepada awak. Saya akan kongsi dengan awak tentang beberapa hobi yang menarik dan manfaat-manfaat yang dapat awak raih daripadanya.
Pertama, saya suka menghasilkan lukisan dengan menggunakan krayon pastel minyak (sebut). Saya akan mengambil masa selama dua atau tiga jam untuk menyiapkan sebuah lukisan (jelas). Misalnya, saya pernah melukis sekuntum bunga ros dengan menggunakan warna lembut seperti merah jambu (kukuh). Dengan melukis, saya dapat menajamkan daya kreativiti sambil menghargai alam semulajadi (simpul).
Kedua, saya juga gemar mengayuh basikal. Biasanya pada waktu cuti sekolah, saya akan berbasikal pada pukul tujuh pagi. Contohnya, saya akan mengayuh basikal di trek berbasikal di kawasan kejiranan. Dengan berbasikal pada waktu pagi, saya dapat menghirup udara segar sambil mencergaskan badan saya.
Ketiga, saya suka memasak dan mencuba resipi baharu. Juadah itu akan saya hidangkan kepada keluarga saya bila kami makan malam bersama. Misalnya, antara juadah yang pernah saya siapkan ialah lauk ayam masak merah, kuay teow goreng dan juga pisang goreng keju. Dengan memasak di rumah, keluarga kami dapat menjimat duit di samping mengeratkan silaturrahim sewaktu makan malam bersama.

Sampai di sini sahaja kiriman e-mel saya kepada awak. Saya harap awak telah meraih manfaat hasil daripada perkongsian saya ini. Sehingga kita bertemu lagi.
Salam hormat
Edri