Contoh Menjawab Soalan

(S Soalan, J Jawapan)

S: MENGAPAKAH Ali tidak dapat tidur?
J: Ali tidak dapat tidur kerana dia sakit.

* * *

S: Nyatakan DUA SEBAB mengapa Tiara tidak mahu pergi ke Afrika.
J: Sebab pertama Tiara tidak mahu pergi ke Afrika ialah dia tidak mahu membebani ayahnya. Sebab kedua pula ialah ibunya yang sakit tenat.

* * *

S: Berikan DUA sifat positif yang terdapat pada diri Zulfiqar. Berikan BUKTI-BUKTI untuk menyokong jawapan kamu.
J: Pertama, Zulfiqar seorang pelajar yang tidak mudah berputus asa. Buktinya ialah walaupun keluarganya dihimpit masalah kewangan, dia tetap mencari jalan untuk mendapat pendidikan yang baik. Kedua, Zulfiqar seorang yang pemaaf. Buktinya ialah dia telah memaafkan rakan-rakannya yang sering mengejeknya.